Malam Akhir...
>> Wednesday, October 28, 2009
Sekitar malam terakhir kelas Silat Cekak Hanafi UM bagi semester 1 sesi 2009/10. Sedikit ujian ringkas dilakukan oleh abang Azmi untuk menilai prestasi penuntut sepanjang semester. Kelas diakhiri dengan jamuan ringan meraikan kejayaan meraih tempat pertama persembahan ko-k tempoh hari, selain ucapan perpisahan dan sesi bergambar buat kenangan.
Buat rakan-rakan ko-k yang masih bersemangat, anda semua dialu-alukan untuk terus menyambung pelajaran silat semester hadapan. Sayang seribu kali sayang jika kita berhenti separuh jalan, kerana kemanisan silat ini terletak di hujungnya. Buat rakan-rakan yang sudah tidak berminat untuk menyambung, warga Cekak Hanafi UM mengucapkan jutaan terima kasih atas segala kerjasama dan kenangan indah yang kita kongsi bersama. Berjuanglah menegakkan kalimah suci Allah walau apapun bidang yang anda ceburi dalam hidup ini.
Syabas Buat Semua!
>> Tuesday, October 20, 2009
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir perjalanan alam, untuk kali ke-3 berturut-turut SILAT CEKAK HANAFI telah memenangi kategori umum persembahan (demonstrasi) pada Pesta Ko-kurikulum, Universiti Malaya. Pertandingan bagi semester 1 2009/10 terbahagi kepada 3 kategori yang melibatkan hampir kesemua kursus ko-k yang ditawarkan di universiti perdana ini.
Sekalung penghargaan buat barisan tenaga pengajar, rakan-rakan seperjuangan yang bertungkus lumus berlatih dan tidak lupa juga bagi mereka yang istiqomah mendoakan agar SILAT CEKAK HANAFI terus di puncak kejayaan. Namun, disebalik kejayaan bermakna, objektif untuk menarik minat para mahasiswa UM menyertai kami tetap menjadi keutamaan. Apapun, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua!
Sambutan Hari Raya PSSCUHM 1430H
>> Sunday, October 18, 2009
Jutaan terima kasih kepada seluruh pihak yang menjayakan majlis pada kali ini khususnya kepada wakil-wakil Kelas SCH UM. Semoga ukhwah di antara kita terus berkekalan selamanya.
Aktiviti Akan Datang
>> Sunday, October 11, 2009
Jadual Latihan Persembahan Pesta Ko-K
>> Thursday, October 1, 2009
Untuk makluman para pelajar kursus GVEK 1021 (Silat Cekak Hanafi), kelas latihan untuk persembahan Pesta Ko-k semester 1 2009/10 akan diadakan seperti berikut :
Sekitar Majlis Berbuka Puasa SCH UM 1430H

Jutaan terima kasih dihulurkan daripada pihak penganjur kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis kali ini. SEMOGA BERKAT RAMADHAN DIMAKBULKAN DOA KAMI AGAR SCH TERUS MEKAR BERKEMBANG DI KAMPUS PERDANA INI.




Majlis Berbuka Puasa SCH UM 1430H
>> Thursday, September 3, 2009
*Untuk masalah pengangkutan sila hubungi urusetia yang terlibat.
HaRaPaN RaMaDHaN
>> Monday, August 24, 2009
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
Baju Latihan..Pakai Jangan Tak Pakai
>> Thursday, August 13, 2009
Wahh bukan main lagi budak-budak silat batch baru ni..dapat baju latihan percuma 2..terima kasih diucapkan kepada ALUMNI SCH UM yang baik hati sponsor..:)
Haa...ape lagi..pakai jangan xpakai lak baju 2 mase latihan nanti ye..walaupun korg sangt suke dgn design n warna orennye, harap2 korang hargailah..hehe..kite pakai seragam ramai2..baru nmpak cntik ckit kels..mule2 baju latihan, nanti xlame lgi uniform la kn..insyaAllah..:)
KeNaNgAn TeRiNdAh KeLAs KOK SEM 2 08/09
>> Thursday, August 6, 2009

Jamuan kemenangan demo KOK....control cun gurls..hehe
HiDuP MeMerLuKaN PeNgOrBaNaN,
PeNgOrBaNan MemErLukaN PerJuAnGAn,
PeRJuANGan MemErLuKAn KekUaTaN,
KekUaTaN MeMerLuKAn KeYaKiNaN,
KeYaKiNAn MeNeNtU KeJaYaaN,
KeJaYaAn MeMbAwA KeBaHagIaaN....
SeLaMat MajU JaYa KePAda SemUa Ahli SilaT Cekak HanaFi UM...

Read more...