Malam Akhir...

>> Wednesday, October 28, 2009

Sekitar malam terakhir kelas Silat Cekak Hanafi UM bagi semester 1 sesi 2009/10. Sedikit ujian ringkas dilakukan oleh abang Azmi untuk menilai prestasi penuntut sepanjang semester. Kelas diakhiri dengan jamuan ringan meraikan kejayaan meraih tempat pertama persembahan ko-k tempoh hari, selain ucapan perpisahan dan sesi bergambar buat kenangan.












Buat rakan-rakan ko-k yang masih bersemangat, anda semua dialu-alukan untuk terus menyambung pelajaran silat semester hadapan. Sayang seribu kali sayang jika kita berhenti separuh jalan, kerana kemanisan silat ini terletak di hujungnya. Buat rakan-rakan yang sudah tidak berminat untuk menyambung, warga Cekak Hanafi UM mengucapkan jutaan terima kasih atas segala kerjasama dan kenangan indah yang kita kongsi bersama. Berjuanglah menegakkan kalimah suci Allah walau apapun bidang yang anda ceburi dalam hidup ini.

Read more...

Syabas Buat Semua!

>> Tuesday, October 20, 2009





Sekalung penghargaan buat barisan tenaga pengajar, rakan-rakan seperjuangan yang bertungkus lumus berlatih dan tidak lupa juga bagi mereka yang istiqomah mendoakan agar SILAT CEKAK HANAFI terus di puncak kejayaan. Namun, disebalik kejayaan bermakna, objektif untuk menarik minat para mahasiswa UM menyertai kami tetap menjadi keutamaan. Apapun, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua!


Read more...

Sambutan Hari Raya PSSCUHM 1430H

>> Sunday, October 18, 2009

Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia untuk tahun 1430H berjalan dalam suasa muhibbah penuh keceriaan. Antara menu yang dihidangkan kali ini termasuk satay, lemang, bihun sup, kuew teaw, nasi impit, ABC dan banyak lagi. Tidak ketinggalan untuk memeriahkan majlis tersebut ialah wakil-wakil penuntut Kelas Silat Cekak Hanafi UM.


Ragib, Azrin, Pie, Abg Bai (Amrahi), Elis, Suhaila, Zuraiha, Sobrina, Rasida, Norjana


bersama kak Pijot dengan Abg Yus (tangkap gambar)..hehe


Jutaan terima kasih kepada seluruh pihak yang menjayakan majlis pada kali ini khususnya kepada wakil-wakil Kelas SCH UM. Semoga ukhwah di antara kita terus berkekalan selamanya.


Read more...

Aktiviti Akan Datang

>> Sunday, October 11, 2009


Pesta Ko-Kurikulum Semester 1 2009/10 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 20 Oktober 2009

Tempat : Dewan Tunku Cancelor, UM

Masa : 9 pagi

Kepada team persembahan Kelas Latihan Silat Cekak Hanafi, UM, Selamat maju jaya diucapkan!

Read more...

Jadual Latihan Persembahan Pesta Ko-K

>> Thursday, October 1, 2009




Untuk makluman para pelajar kursus GVEK 1021 (Silat Cekak Hanafi), kelas latihan untuk persembahan Pesta Ko-k semester 1 2009/10 akan diadakan seperti berikut :

Masa : Selasa, 9 pm.
Khamis, 8.30 pm.

Tempat : Ruang Legar Bangunan Peperiksaan UM

*untuk yang tidak dapat menghadirkan diri, sila maklumkan kepada mana-mana tenaga pengajar. Terima kasih.

Read more...

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP