Malam Akhir...

>> Wednesday, October 28, 2009

Sekitar malam terakhir kelas Silat Cekak Hanafi UM bagi semester 1 sesi 2009/10. Sedikit ujian ringkas dilakukan oleh abang Azmi untuk menilai prestasi penuntut sepanjang semester. Kelas diakhiri dengan jamuan ringan meraikan kejayaan meraih tempat pertama persembahan ko-k tempoh hari, selain ucapan perpisahan dan sesi bergambar buat kenangan.












Buat rakan-rakan ko-k yang masih bersemangat, anda semua dialu-alukan untuk terus menyambung pelajaran silat semester hadapan. Sayang seribu kali sayang jika kita berhenti separuh jalan, kerana kemanisan silat ini terletak di hujungnya. Buat rakan-rakan yang sudah tidak berminat untuk menyambung, warga Cekak Hanafi UM mengucapkan jutaan terima kasih atas segala kerjasama dan kenangan indah yang kita kongsi bersama. Berjuanglah menegakkan kalimah suci Allah walau apapun bidang yang anda ceburi dalam hidup ini.

0 comments:

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP