Konsep Persilatan SCH

>> Wednesday, January 27, 2010

Silat Cekak Hanafi ialah sejenis silat bela diri yang benar-benar asli, bukannya sejenis silat permainan atau Silat Olahraga.

Silat Cekak Hanafi mempunyai kaedah-kaedah yang tetap dengan mempunyai buah-buah pukulan dan kunci-kunci tangkapan yang cukup dan kemas. Pergerakan dan sistem silat ini adalah berasaskan gerak geri semulajadi manusia yang berdasarkan fikiran yang sihat, jiwa yang tenang dan nyata kesesuaiannya dengan prinsip agama Islam.

Pelajarannya lebih menitikberatkan dari segi mempertahankan diri supaya terlatih dengan keberanian, bukan mengganas atau menceroboh. Hanya bila terpaksa demi keselamatan diri barulah Silat Cekak Hanafi menyerang.

Silat Cekak Hanafi menunggu serangan dengan berdiri lurus( berdiri sembahyang ) dan tidak mengelak ke kiri dan ke kanan bahkan mara ke hadapan di dalam gerak yang satu, makan gerak dalam gerak, sebab sebenarnya hakikat Silat Cekak Hanafi ialah Silat Gerak.

Yang paling istimewa dan ganjil sekali di dalam kaedah serangannya; dikala ia menyerang dan jika musuh mengelak, pasti kena dan sekiranya ditepis pula pasti dimakannya. Tambahan pula sambil menyerang ia dapat menangkap (Cekak menyerang, Cekak menangkap ).

Penuntut-penuntut menangkis pukulan dan tikaman senjata-senjata dengan tangan kosong sahaja. Matlamat Silat Cekak Hanafi ialah menangkis pukulan senjata-senjata sambil dapat merampas senjata lawan.

Read more...

Sambutan Hari Tenaga Pengajar 1431H dan Pelancaran Perayaan 45 Tahun Silat Cekak

>> Saturday, January 16, 2010


Sedar tidak sedar sudah 45 tahun Silat Cekak Hanafi bertapak di bumi Malaysia ini. Sepanjang tempoh tersebut pelbagai liku, suka dan duka perjuangan yang telah dirakam sepagai lipatan sejarah. Sebagai muslim, kita yakin setiap kejadian pasti ada hikmahnya, walaupun ada kalanya hikmah itu tersembunyi dari pandangan mata. Semoga pendokong-pendokong silat ini terus cekal mengemudi bahtera, memimpin kami meneruskan perjuangan asal silat ini seperti yang diasaskan oleh almarhum Ustaz Hanafi Hj. Ahmad.


Sambutan Hari Tenaga Pengajar kali ini dirasmikan oleh wakil dari CIMB Group, dihadiri oleh hampir 80% jumlah keseluruhan tenaga pengajar Silat Cekak Hanafi yang bertauliah. Majlis kali ini diserikan dengan demonstrasi khas Silat Cekak Hanafi, tanyangan slide kempen Pandai Silat, taklimat sambutan perayaan 45 tahun, taklimat Wajadiri 2010 dan montaj dari SCH UIA dan sebuah forum khas pada sesi petang.


tauliah tenaga-tenaga UM diterima oleh wakil Penyelia kelas, saudara Imran


wakil-wakil UM


kami akan terus berjuang

1 Pemikiran, 1 Tujuan!

Read more...

Sekitar Majlis Ijazah Asas, Potong dan Tamat

Alhamdulillah pada 14hb Januari yang lalu, Majlis Ijazah Asas, Potong dan Tamat telah selamat dijalankan untuk penuntut-penuntut Silat Cekak Hanafi Universiti Malaya. Dengan jumlah penyertaan yang menggalakkan bagi ketiga-tiga peringkat ijazah membuktikan Silat Cekak Hanafi masih mendapat tempat di kalangan penuntut ilmu Universiti Malaya. Warga UM mengucapkan jutaan terima kasih kepada YM Guru Utama, En. Marwi bin Latif yang sudi hadir mengijazahkan para penuntut. Berikut sedikit gambar kenangan sekitar majlis.


Penuntut pertama yang diijazahkan




Tahniah untuk Yan, Zu, Yana dan Ayu

Read more...

Majlis Ijazah Asas, Potong dan Tamat

>> Wednesday, January 13, 2010

Read more...

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP