Johan Lagi!

>> Thursday, April 1, 2010

Alhamdulillahi Rabbil 'alamin...

Segala puji-pujian hanya berhak ke atas-Mu Allah s.w.t, Tuhan pentadbir sekalian alam. Juga selawat dan salam buat insan termulia dalam sejarah umat manusia, Muhammad s.a.w. Coretan ini hanya ingin merakamkan keagungan dan kekuasaan-Mu ya Allah.

Syukur atas iradah-Nya ditakdirkan untuk sekalian kalinya Silat Cekak Hanafi berjaya mendominasi tempat pertama di dalam pertandingan persembahan kategori Umum dan Sukan di dalam Pesta Ko-Kurikulum Sem 2 2009/10, Universiti Malaya.

Sedari awal melihat kepada tekad dan usaha para pelajar ko-k, penulis merasakan peluang untuk memenangi 'tempat' itu ada sinar yang cerah, walaupun di nombor mana masih wujud kesangsian, apatah lagi dengan saingan sengit daripada Tae Kwan-Do dan rekod kemenangan 3 kali berturut-turut Silat Cekak Hanafi sebelum ini. Namun, Allah menentukan segala-Nya, dibukakan pintu hati para juri untuk memberikan markah terbanyak bagi persembahan Silat Cekak Hanafi lantas meraih kejayaan cemerlang untuk sekalian kalinya, alhamdulillah.

Di kesempatan ini, penulis ingin merakamkan ucapan penghargaan buat barisan tenaga pengajar, pelajar-pelajar senior dan juga seluruh para pelajar ko-k Silat Cekak Hanafi yang bersungguh-sungguh menyumbang tenaga masing-masing sepanjang semester 2 2009/10. Juga buat mereka yang terlibat menjayakan persembahan semalam, sekalung TAHNIAH diucapkan!

Pisang emas dibawa berlayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

*gambar dan video persembahan boleh dilihat di Facebook Cekak Hanafi Universiti Malaya.

Read more...

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP