Syabas dan Tahniah

>> Thursday, December 22, 2011



22 Disember 2011

Sekali lagi Silat Cekak Hanafi telah berjaya memenangi tempat kedua untuk persembahan terbaik pada Pesta Ko Kurikulum yang berlangsung di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya hari ini.

Read more...

>> Saturday, November 26, 2011

Read more...

SERTAI KAMI

>> Tuesday, November 15, 2011

Read more...

Johan Lagi!

>> Thursday, April 1, 2010

Alhamdulillahi Rabbil 'alamin...

Segala puji-pujian hanya berhak ke atas-Mu Allah s.w.t, Tuhan pentadbir sekalian alam. Juga selawat dan salam buat insan termulia dalam sejarah umat manusia, Muhammad s.a.w. Coretan ini hanya ingin merakamkan keagungan dan kekuasaan-Mu ya Allah.

Syukur atas iradah-Nya ditakdirkan untuk sekalian kalinya Silat Cekak Hanafi berjaya mendominasi tempat pertama di dalam pertandingan persembahan kategori Umum dan Sukan di dalam Pesta Ko-Kurikulum Sem 2 2009/10, Universiti Malaya.

Sedari awal melihat kepada tekad dan usaha para pelajar ko-k, penulis merasakan peluang untuk memenangi 'tempat' itu ada sinar yang cerah, walaupun di nombor mana masih wujud kesangsian, apatah lagi dengan saingan sengit daripada Tae Kwan-Do dan rekod kemenangan 3 kali berturut-turut Silat Cekak Hanafi sebelum ini. Namun, Allah menentukan segala-Nya, dibukakan pintu hati para juri untuk memberikan markah terbanyak bagi persembahan Silat Cekak Hanafi lantas meraih kejayaan cemerlang untuk sekalian kalinya, alhamdulillah.

Di kesempatan ini, penulis ingin merakamkan ucapan penghargaan buat barisan tenaga pengajar, pelajar-pelajar senior dan juga seluruh para pelajar ko-k Silat Cekak Hanafi yang bersungguh-sungguh menyumbang tenaga masing-masing sepanjang semester 2 2009/10. Juga buat mereka yang terlibat menjayakan persembahan semalam, sekalung TAHNIAH diucapkan!

Pisang emas dibawa berlayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

*gambar dan video persembahan boleh dilihat di Facebook Cekak Hanafi Universiti Malaya.

Read more...

Demo Kempen Keselamatan ke-3 Kolej Kediaman Pertama

>> Sunday, February 7, 2010

Walaupun persembahan Silat Cekak Hanafi pada malam tersebut agak ringkas, namun ianya dilihat berjaya memukau para hadirin yang hadir. Rata-rata memuji persembahan yang bertenaga, pantas dan menghiburkan oleh para ahli Silat Cekak Hanafi. Tahniah diucapkan buat ahli-ahli ibu pejabat dan UM yang terlibat menjayakan demo tersebut. Maklum balas diterima mungkin akan ada lagi jemputan untuk Silat Cekak Hanafi membuat persembahan dalam masa terdekat ini di Universiti Malaya. Tahniah!.

Read more...

Konsep Persilatan SCH

>> Wednesday, January 27, 2010

Silat Cekak Hanafi ialah sejenis silat bela diri yang benar-benar asli, bukannya sejenis silat permainan atau Silat Olahraga.

Silat Cekak Hanafi mempunyai kaedah-kaedah yang tetap dengan mempunyai buah-buah pukulan dan kunci-kunci tangkapan yang cukup dan kemas. Pergerakan dan sistem silat ini adalah berasaskan gerak geri semulajadi manusia yang berdasarkan fikiran yang sihat, jiwa yang tenang dan nyata kesesuaiannya dengan prinsip agama Islam.

Pelajarannya lebih menitikberatkan dari segi mempertahankan diri supaya terlatih dengan keberanian, bukan mengganas atau menceroboh. Hanya bila terpaksa demi keselamatan diri barulah Silat Cekak Hanafi menyerang.

Silat Cekak Hanafi menunggu serangan dengan berdiri lurus( berdiri sembahyang ) dan tidak mengelak ke kiri dan ke kanan bahkan mara ke hadapan di dalam gerak yang satu, makan gerak dalam gerak, sebab sebenarnya hakikat Silat Cekak Hanafi ialah Silat Gerak.

Yang paling istimewa dan ganjil sekali di dalam kaedah serangannya; dikala ia menyerang dan jika musuh mengelak, pasti kena dan sekiranya ditepis pula pasti dimakannya. Tambahan pula sambil menyerang ia dapat menangkap (Cekak menyerang, Cekak menangkap ).

Penuntut-penuntut menangkis pukulan dan tikaman senjata-senjata dengan tangan kosong sahaja. Matlamat Silat Cekak Hanafi ialah menangkis pukulan senjata-senjata sambil dapat merampas senjata lawan.

Read more...

Sambutan Hari Tenaga Pengajar 1431H dan Pelancaran Perayaan 45 Tahun Silat Cekak

>> Saturday, January 16, 2010


Sedar tidak sedar sudah 45 tahun Silat Cekak Hanafi bertapak di bumi Malaysia ini. Sepanjang tempoh tersebut pelbagai liku, suka dan duka perjuangan yang telah dirakam sepagai lipatan sejarah. Sebagai muslim, kita yakin setiap kejadian pasti ada hikmahnya, walaupun ada kalanya hikmah itu tersembunyi dari pandangan mata. Semoga pendokong-pendokong silat ini terus cekal mengemudi bahtera, memimpin kami meneruskan perjuangan asal silat ini seperti yang diasaskan oleh almarhum Ustaz Hanafi Hj. Ahmad.


Sambutan Hari Tenaga Pengajar kali ini dirasmikan oleh wakil dari CIMB Group, dihadiri oleh hampir 80% jumlah keseluruhan tenaga pengajar Silat Cekak Hanafi yang bertauliah. Majlis kali ini diserikan dengan demonstrasi khas Silat Cekak Hanafi, tanyangan slide kempen Pandai Silat, taklimat sambutan perayaan 45 tahun, taklimat Wajadiri 2010 dan montaj dari SCH UIA dan sebuah forum khas pada sesi petang.


tauliah tenaga-tenaga UM diterima oleh wakil Penyelia kelas, saudara Imran


wakil-wakil UM


kami akan terus berjuang

1 Pemikiran, 1 Tujuan!

Read more...

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP